Ads 468x60px

MUZIK POP YEH-YEH

Pop yeh-yeh
Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".)
Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian.
Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram.
Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M. Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman.
Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan