Ads 468x60px

DONDANG SAYANG




Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.
 


Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.
 

Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan