Ads 468x60px

MUZIK POP NASYID DAN POP MELAYU

Kesan dari pengaruh agama islam. 

Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani NowSeeHeart dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya.
Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara.Beliau menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.[6]
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan