Ads 468x60px

rock

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid





MUZIK POP NASYID DAN POP MELAYU

Kesan dari pengaruh agama islam. 

Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani NowSeeHeart dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya.
Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara.Beliau menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.[6]
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.







MUZIK POP YEH-YEH

Pop yeh-yeh
Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".)
Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian.
Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram.
Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M. Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman.
Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.



MUZIK POP 1950 an

Muzik pop
Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.
Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.



DONDANG SAYANG




Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.
 


Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.
 

Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.

DIKIR BARAT

ASAL USUL

           Dikir barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Patani. Dalam persembahan Dikir barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.


SEJARAH


Dikir Barat mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1930 an oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Saleh bin Haji Ahmad. Antara ahli yang terlibat dalam kumpulan dikir barat ialah seorang juara, tukang karut dan beberapa orang awak-awak. Kumpulan Dikir Barat selalunya terdiri di antara 15 hingga 30 orang.


           Antara alatan yang digunakan dalam persembahan dikir barat ialah, gendang ibu, gong, kerincing, canai, rebana ubi, dan cerana. Oleh yang demikian, permainan ini lebih dikenali sebagai Dikir Barat di negeri Kelantan. Dikir Barat bukan sahaja terkenal di Kelantan dan juga di negeri-negeri sekitarnya malah hingga ke Singapura.


AWAK-AWAK


TUJUAN DALAM MASYARAKAT                                                                       

     Tujuan Dikir Barat dipersembahkan adalah sebagai hiburan ataupun pertandingan bagi merebut gelaran juara antara kumpulan yang dipertandingkan. Selain itu Dikir Barat juga turut dipersembahkan dalam majlis perkahwinan sebagai hiburan kepada pengantin dan orang ramai yang bertandang ke majlis perkahwinan tersebut.


          Dikir Barat juga sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan mahupun pihak tertentu sebagai tujuan amal.
 

NOBAT

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

   Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

   Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

   Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan.
.














.

GHAZAL

GHAZAL

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah dan ramai lagi.                                                   
. . . .

TOKOH-TOKOH GHAZAL

1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.

- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal kepada penduduk semasa pembukaan daerah-daerah baru.

2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).

3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.

4. Ungku Sulaimen Bin Daud.

5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.

.


pengenalan muzik di malaysia

pengenalan muzik di malaysia
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,  peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.




moden (part 2)

Octo Bass
Seperti yang anda tahu gitar Bass elektrik adalah gitar yang memainkan bunyi octave note yang paling low (bawah) sekali,sama seperti alat doublebass didalam orkestra & band jazz. Penggunaan nya bermula pada era RocknRoll. Tapi tahu kah anda, ada beberapa orang Kompser lagu classical yang menyertakan alat "Octobass" di dalam Orkestra seperti Berlioz, Mahler, Strauss, Brahms, Wagner, Tchaikovsky & banyak lagi. Bayangkan apabila mendengar lagu dari orkestra Berliotz, Mahler atau Wagner yang di iringi alat "octobass" ini, mesti "heavy" sound dia orang....
Contoh lagu Berliotz Symphonie Fantastique - 5th MovementBerliotz symphonie Fantastique-5th Movement. 

Octo bererti lapan dlalam bahasa greek. perbezaan cello & octobass ialah seperti budak lelaki sebelum & selepas akil baligh. Mengikut catatan Berlioz Octobass boleh memainkan note paling bawah sekali diluar julat telinga manusia (tak boleh didengari). Tali bawah sekali di tune C1 (32.7 Hz), satu octave bawah daripada C alat cello (C2,65.41 Hz) Note ini seperti note paling bawah sekali pada alat doublebass modern yg mempunyai sambungan C. tali tengah di tune (tala atau tiun) ke G1, tali note paling atas di tune C2. Bagaimana pun oleh kerana Octobass adalah satu alat muzik yang besar sekali ia tidak begitu popular pada hari ini. Kita mungkin tidak akan pernah melihat alat ini di mainkan di dalam orkestra kerana double bass boleh di amplified kan bunyi pada orkestra moden (di letak microphone).

Bass
double bass

Bass ialah nada rendah, biasanya di mainkan mengguna double bass, cello, tuba, gitar bass, piano & synthesizer bass. Bass penting kerana ia melengkapkan 3 bahagian dalam muzik iaitu:-
Bahagian Solo- Vocal & solo instrument
Bahagian Tengah- Rythmn
Bahagian Bass- Double bass, cello & gitar bass.

Di dalam muzik, bass akan di mainkan sebagai pengunci (key) kepada chord harmony dalam lagu. Bass dalam muzik moden pula dimainkan mengikut rentak drum atau gendang. Bass biasanya dimain mengguna petikan jari atau di gesek. Teknik "slap" & "thump" mula dimainkan sejak tahun 1940-an lagi. Tali gitar akan di tampar guna tangan & ibu jari untuk mengeluarkan bunyi kuat downbeat & upbeat. Pada akhir tahun 1960-an, kerana pemain drum dari pemuzik Jazz & RnB tidak hadir di persembahan mereka, pemain bass terpaksa mencuba bermain bass sambil membunyikan seperti rentak drum guna teknik slap & thump. Pemain bass itu ialah Larry Graham dari band funk Sly & The Family Stone. Teknik ini mendapat perhatian bagi pemuzik Jazz, Funk & RnB lalu mula terkenal dan menjadi style untuk persembahan & rakaman muzik ituu di tahun 1970-an sehingga hari ini. Dalam muzik Pop, biasanya bass line akan di petik mengikut kick drum rentak. Dalam lagu Rock ia dipetik berturut-turut.



Synthesizer Keyboard

Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah tengok diluar sana dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang dari keyboard synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang & sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) & juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency. 
Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yg luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu akan membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan organ.


Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncul band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron & banyak lagi. Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple) & banyak lagi lah pemain keyboard berjuta-juta banyak nya hingga tak terkira. 






Gitar

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.
                                  


moden (part 1)




Accordion
Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (yg menyerupai sompoton & seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.



 Drum

Drum (gendang) di cipta oleh berbagai bangsa di masa lampau seawal 6000 BC (8000 tahun dahulu). ada yg telah dijumpai di Mesopotamia yg bertarikh 3000 BC (5000 tahun dahulu),
asia timur & afrika oleh arkeologist. Orang Afrika purba menggunakan gendang untuk meluahkan perasaan mereka dan juga sebagai alat perhubungan antara kampung. Rentak Rock n Roll & Jazz banyak dipengaruhi oleh pukulan gendang orang Afrika yg dibawa ke Amerika di masa lampau. Apabila didapati seorang boleh bermain beberapa gendang sekaligus, maka orang mula menyusun gendang gendang itu menjadi satu set.


                                                  

Goblet drum Darambuka purba



Darbuka /darambuka di percayai berasal dari alat muzik Aryan atau Celt dari timur Eropah di bawa ke asia barat melalui perdagangan sejak ribuan tahun yang lampau. Bagaimana pun alatan gendang atau drum bukan lah milik satu bangsa sahaja kerana ia adalah ciptaan tersendiri. Alat ini terdapat dalam semua muzik kebudayaan di seluruh dunia. Dahulu gendang di guna sebagai alat komunikasi (perhugungan) di Afrika & pribumi Amerika. Juga sebagai alat spiritual dalam sesetengah kebudayaan lama. Dari China ke India, semenanjung Arab ke Afrika, Eropah & Russia, Asia tenggara & Polynesia, Pribumi Amerika utara hingga selatan semuanya ada gendang tradisi.   

  
Snare drum abad ke 18

Pemain drum itu bukan sahaja mainkan satu jenis rentak tetapi juga yang di import dari pelbagai budaya dari seluruh dunia. daripada itu susunan gendang itu mula di kenali sebagai Drum Kit seawal 1900-an Noble & cooley pengeluar drum tertua Amerika sejak 1854 Cymbal & tom tom - yang menyerupai gendang & Cymbal China purba telah di tambah (kita boleh melihatnya pada gendang & canang tarian singa,tetapi cara bermain drum bukan daripada tarian singa.tetapi dari pelbagai budaya di dunia) pada tahun 1930-an drum telah menjadi satu set lengkap. Syarikat Pearl mula mengeluarkan drum kit pada tahun 1950, 5 tahun selepas perang dunia ke 2 berakhir. dekad 50-an juga melihat kepada kemunculan muzik Rock & Roll yang menggunakan rentak drum sebagai antara bahan utama dalam perkembangan muzik Rock & Pop. Tahun 1960-an kita melihat bangkitnya pemain drum Rock & Pop menggunakan set drum itu sebagai standard drum-kit hari ini. Hari ini terdapat pelbagai syarikat antarabangsa yang mengeluarkan peralatan drum. Ada juga drum machine yang mengguna bunyi synthesizer, & ada juga drum pad elektronik yang di-set & di-main seperti drum acoustic biasa.
Kick Drum
                                                   

Ride Cymbal



Snare Drum





Tom-Tom

 



Crash Cymbal


 
Hi-Hat (hai-het)


 
              FloorTom



 Full Drum Set - Susunan Drum Penuh



tradisional


Tempura

 

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.


Erh-Hu
 


Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello


Gambus

 [Gambus_1.jpg]

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.


Pipa

 [Pipa_1.jpg]

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.


Rehab
 


Pengenalan
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Sapeh

 

Pengenalan
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

Fungsi
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara Bermain
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.


Satong

 

Pengenalan
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.

Fungsi
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.

Cara Bermain
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.


Sitar
 


Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.


Sundatang
 


Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.


Venna

 

Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.


Gong
 


Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.


Dholak

[dholak.jpg] 

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Kompang

 
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.


Gambar belakang bahagian kompang.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

 
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi